Subhanallah !!! Berselawat di pentas The Voice Kids Indonesia, peserta 13 tahun buat dunia dan Agnes Monica terpegun



PASTI ada sebab video seorang remaja berusia 13 tahun menyertai ujibakat The Voice Kids Indonesia ditonton sehingga 4 juta kali di YouTube.

Sharla, peserta remaja perempuan dari Jomba, Indonesia pada mulanya gagal menarik perhatian juri rancangan itu, Agnes Monica, Bebi Romeo dan Muhammad Tulus, dengan hanya menyanyikan lagu Memory (nyanyian asal Cats).

Bagaimanapun, Agnes menekan 'pembuz' pada saat-saat akhir remaja bernama Sharla Martiza Isya'iah Putri itu menamatkan persembahannya.

"Selain lagu ini kamu suka lagu apa, klasikal atau bagaimana? Cuba nyanyikan, supaya saya tahu hala tuju kamu," soal Agnes.

Sharla seraya menjawab keupayaannya juga menyanyikan qasidah dan terus mengalunkan sepotong qasidah sambil diiringi instumen muzik ringkas.

Reaksi Agnes: "Suaranya kamu bagus dan stabil! Untung saya pilih."

Kedua-dua juri lelaki Bebi Romeo dan Muhammad Tulus terkejut dengan kualiti bakat dan aura mempesonakan remaja berusia 13 tahun itu.

Video yang dimuat naik sejak 26 Oktober itu telah ditonton lebih 4 juta kali dan mendapat hampir 10,000 komen yang pelbagai.

Apa kata anda tonton sendiri video ujibakat Sharla di sini.


Audisi Buta The Voice Kids Indonesia Season 2 sudah bersedia untuk memulakan! Setelah Christo, pemenang The Voice Kids Season 1 berjaya menjadi penyanyi muda berbakat di dunia muzik Indonesia, globaltv sebagai pemegang eksklusif lesen The Voice Kids di Indonesia bersedia mewujudkan mimpi anak Indonesia untuk menjadi penyanyi muda berbakat dengan kualiti suara terbaik!

Semangat dari seluruh penyuruh Indonesia semakin meningkat dengan hadirnya 3800 peserta dari kota Banjarmasin, Pekanbaru, Surabaya, Makassar, Yogyakarta, Medan, Denpasar, Padang, Bandung dan Jakarta. Siapakah yang dipilih menjadi Next Winner of The Voice Kids Season 2 oleh Coach agnezmo, Bebi dan Tulus?

Dalam Musim 2 kali ini, anda tidak hanya dapat melihat para peserta menyanyi dengan merdunya mereka di atas panggung. Bersama Kaneishia, social host kita, ayo seru - seruan dan mengintip sisi lain dari para peserta di Vlog The Voice Kids Indonesia! Nantikan juga aplikasi terbaru "The Voice Kids globaltv" di Playstore dan App Store untuk tahu berita terupdate dari The Voice Kids Indonesia.

Saksikan para calon penyanyi muda dengan bakat berkualiti bersaing dalam pusingan blind audition, battle round, live round, semi final hingga Grand Final di The Voice Kids Indonesia Season 2 setiap hari Khamis pukul 18.00 WIB hanya di globaltv seru!
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==